Aturcara UMRAH Isfahan/Tehran 2000

Bersama HIJJAZ selama 12 hari 8 malam.

 

Hari Tarikh Tempat Aktiviti
1
25 April 2000 Kuala Lumpur - Tehran Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Aras 5, Kaunter H pada jam 8.30 malam. Selepas urusan check-in jemaah menaiki pesawat untuk berlepas ke Tehran.
2
26 April 2000 Tehran - Isfahan Tiba di Tehran, kita akan dijemput oleh wakil kami dan di bawa terus ke Lapangan Terbang Domestik untuk penerbangan ke Isfahan. Selepas makan tengahari jemaah meneruskan lawatan sekitar Bandar Isfahan. Dataran Imam, Masjid Imam, Masjid Sheikh Luutfullah dan Masjid Jameh. Seterusnya jemaah di bawa ke bazaar tempatan.
3
27 April 2000 Isfahan - Tehran Selepas sarapan pagi, jemaah di bawa ke lapangan terbang domestik untuk penerbangan ke Tehran. Setibanya di Tehran jemaah di bawa makan tengahari. Selepas makan tengahari jemaah akan melawat ke pusat kraftangan serta bazaar tempatan dan bermalam di Tehran.
4
28 April 2000 Tehran - Jeddah Acara bebas sebelum berangkat ke Jeddah jam 7.30 malam. Tiba di Jeddah jemaah akan di bawa ke Madinah dengan menaiki bas.
5
29 April 2000 Jeddah - Madinah Tiba di madinah jemaah akan di bawa ke tempat penginapan untuk berehat. Selepas solat zohor jemaah akan di bawa menziarahi makam Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya
6
30 April 2000 Madinah Jemaah akan di bawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di kota Madinah seperti Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Medan Uhud dan Makam Syuhada. Seterusnya ke Pasar Kurma.
7
01 Mei 2000 Madinah - Mekah Bertolak ke Mekah untuk mengerjakan umrah setelah bermiqad di Bir Ali. Sesampainya di Mekah jemaah di bawa oleh mutawif untuk menunaikan umrah yang pertama.
8
02 Mei 2000 Mekah Acara Bebas
9 03 Mei 2000 Mekah Jemaah akan di bawa ziarah di tempat-tempat bersejarah di sekitar kota seperti di Jabal Tsur, Jabal Nur, Muzdalifah, Arafah, Jabal Rahmah, Mina dan seterusnya ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat bagi umrah kedua.
10 04 Mei 2000 Mekah Acara Bebas
11 05 Mei 2000 Mekah - Jeddah - Tehran Hari terakhir jemaah akan di bawa ke Jeddah untuk melihat kota Jeddah & Laut Merah sebelum berangkat menaiki pesawat ke Tehran pada jam 11.59 malam
12 06 Mei 2000 Tehran - Kuala Lumpur Berlepas dari Tehran ke Kuala Lumpur pada jam 8.45 pagi dan jemaah akan tiba di KLIA Sepang jam 9.00 malam.