Make your own free website on Tripod.com

 

BIOGRAFI

 

SEJARAH PENUBUHAN

             HIJJAZ ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1417 bersamaan 10 Jan. 1997. sebelum kami menubuhkan Hijjaz kami pernah menganggotai kumpulan Nada Murni lebih 10 tahun. Kami juga telah banyak mengadakan persembahan seperti di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan juga di timur tengah seperti Pakistan, Jordan, Mesir dan juga di antara kami pernah mengadakan persembahan di United Kingdom.

             Idea untuk menubuhkan Hijjaz bermula dengan kemunculan Raihan yang kita ketahui mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya di Malaysia. Sebelum kami disatukan di dalam Hijjaz, kami telah pun bertugas di tempat kerja masing-masing, apabila Raihan mendapat sambutan hangat dan kebetulan oleh kerana kami memang bersahabat baik dengan Raihan mereka mengajak kami untuk sama-sama membantu atau memeriahkan lagi dunia ini dengan kalimah Allah yang suci.

             Bertolak dari sinilah dengan niat untuk melihat remaja atau adik-adik kami menjadi generasi yang berakhlak dan bermoral, berbekal dengan bakat dan minat yang mendalam kami menubuhkan Hijjaz bermula dengan saudara Munif sebagai vocal utama mengumpulkan kawan-kawan lama yang sama-sama pernah menganggotai Nada Murni bercita-cita untuk meneruskan sumbangan dakwah melalui bidang hiburan yang termampu oleh kami.

 

BISNES HIJJAZ

             Hijjaz telah menubuhkan syarikat sendiri iaitu:


Lot 2996-F, Sungai Penchala
Jalan Damansara
60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7199179, 7158284
Fax : 03-7158285
Email : hijjaz98@hotmail.com

 
 
ANTARA AKTIVITI SYARIKAT:

  1. Penerbitan Album
  2. Persembahan Pentas
  3. Sewaan Sistem Audio & Lampu
  4. Rekaan Grafik Komputer
  5. Kaligrafi Arab (tulisan jawi @ khat)
  6. Latihan Nasyid (vocal training)
  7. Perunding Artis (nasyid)

 

KONSEP MUZIK:

             Hijjaz adalah sebuah kumpulan nasyid Kontemporeri yang membawakan irama atau muzik semasa dan hanya menggunakan paluan alat ketuk seperti kompang, congga, bonggo, marimba dll.

 

ALBUM-ALBUM

  1. Cahaya Ilahi - Konsep pelbagai
  2. Keizinan - Mu Konsep melayu deli @ tradisional
  3. Pelita Hidup - Konsep zikir
  4. Rindu - Konsep Melayu deli @ Tradisional

   

ANUGERAH YANG DITERIMA

 

 
Cahaya Ilahi 
  
Anugerah Gold dan Platinum jualan melebihi  90,000 unit
  
Keizinan-Mu 
  
Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit
  
Pelita Hidup
   
Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit
  
Rindu 
   
Anugerah Gold Jualan melebihi 30,000 unit dalam masa 4 bulan.