Make your own free website on Tripod.com

 

Rindu 

Penerbit Eksekutif 

   Waharp Yusoff

Penerbit

  Munif Hj Ahmad

Penyelaras Penerbitan

  Hairul Anwar

Promosi

  Hairul Anwar

Pengarah Pemasaran

  Rosmin Hashim

Vokal

  HIJJAZ

Vokal Utama

  Munif Ahmad

Susunan Vokal

  Munif ahmad

Alat Perkusi

  Hassan (Steve) Thornton

Kompang Melayu

  Amin, Afendi, Dzul & Hamzah

Rebana

  Isman Nadim

Studio Rakaman

  Nearfield Studio

Jururakam

  Mad & Azmi

Juruadun

  Ramlan Marzuki

 

RASUL JUNJUNGANformat mp3

MARI BERSELAWAT KE ATAS NABI

BERSELAWAT KE ATAS RASUL

SALALLAHU ALA MUHAMMAD

SALALLAHU ALAI WASALLAM

 

ENGKAU BAGAIKAN MATAHARI

MENERANGI SELURUH ALAM

ENGKAU BAGAIKAN BULAN PURNAMA

MENERANGI KEGELAPAN MALAM

 

YA…. RASULULLAH YA HABIBALLAH

YA RASULULLAH YA HABIBALLAH

SALAMUN ALAIK

 

BERSELAWATLAH KEATAS NABI

MOGA HIDUP KITA DIBERKATI

AMALKAN SUNNAH RASUL JUNJUNGAN

MOGA KITA MENDAPAT SYAFAAT

RASULULLAH PERNAH BERSABDA

KU DIUTUS MEMBAWA RAHMAT

JUGA MEMBAWA AKHLAK MULIA

CONTOH TAULADAN SEBAIK UMMAT

LAGU & LIRIK : MUNIF AHMAD

RINDUformat mp3

RINDU ITU ADALAH

ANUGERAH DARI ALLAH

INSAN YANG BERHATI NURANI

PUNYAI RASA RINDU

 

RINDU PADA KEDAMAIAN

RINDU PADA KETENANGAN

RINDUKAN KESEJAHTERAAN

DAN JUGA KEBAHGIAAN

 

ORANG-ORANG BERTAQWA

RINDU AKAN KEBENARAN

KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN

KEREDHAAN TUHANNYA

 

ORANG MUKMIN MERINDUKAN

ANAK-ANAK YANG SOLEH

ISTERI-ISTERI YANG SOLEHAH

KELUARGA BAHAGIA

C/o

PARA PENCINTA KEBENARAN

RINDUKAN SUASANA

MASYARAKAT YANG TERJALIN

AMAN DAN SEJAHTERA

 

MERINDUKAN TERTEGAKNYA

KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI

DAN DALAM MERINDUKAN

KEAMPUNAN TUHANNYA

 

DAN SELURUH UMAT ITU

MERINDUKAN CAHAYA

YANG MENYINARI KEHIDUPAN

RINDU KEPADA TUHAN

LAGU : HJ. AHKMUDI ~ LIRIK : MUNIF AHMAD & ABU NIZAM

 

DINUL HUDAformat mp3

LAGU & LIRIK : COPYRIGHT CONTROL ~ GUBAHAN SEMULA : MUNIF AHMAD

 

SENANDUNG PUJIANformat mp3

SUBHANALLAH…... SUBHANALLAH…...

SUBHANALLAH…... MAHA SUCI ALLAH

 

HEBAT SUNGGUH CIPTAAN ALLAH

SIFAT KUDRATNYA AMAT TERSERLAH

HANYA PADANYA KITA BERSERAH

PADANYA JUGA MOHON MAGHFIRAH

 

BERSYUKUR SELALU PADA ILAHI

AGAR HIDUP DIBERKATI

BALASAN SYUKUR DITAMBAH LAGI

ORANG BERSYUKUR TAK AKAN RUGI

 

C/o ~ YAKINLAH KITA PADA ALLAH

KERANA JANJINYA TIDAK BERUBAH

CABARAN HIDUP JANGAN MENGALAH

BILA DIUJI HARUS TABAH

UNTUK AGAMA KITA BERBAKTI

SESAMA INSAN TERUS BERBUDI

BERKASIH SAYANG JANGAN BERDENGKI

JAGALAH MARUAH DAN PERIBADI

AJARAN ISLAM MARI HAYATI

INGAT SELALU PESANAN INI

LAGU : MUNIF AHMAD ~ LIRIK : AMALUDDIN HANAFIAH

 

FATAMORGANAformat mp3

SUDAH MENJADI LUMRAH KEHIDUPAN DI DUNIA

CABARAN DAN DUGAAN MENDEWASAKAN USIA

RINTANGAN DILALUI TAMBAH PENGALAMAN DIRI

SUDAH SUNNAH KETETAPAN ILAHI

 

DERAS ARUS DUNIA MENGHANYUTKAN YANG TERLEKA

INDAH FATAMORGANA MELALAIKAN MENIPU DAYA

DIKEJAR DICINTAI BAK BAYANGAN TAK BERTEPI

TIADA SUDAHNYA DUNIA YANG DICARI

 

BEGITU INDAH DUNIA SIAPA PUN TERGODA

HARTA PANGKAT DAN WANITA MELEMAHKAN JIWA

TANPA IMAN DALAM HATI KITA KAN DIKUASAI

SYAITAN NAFSU DALAM DIRI MUSUH YANG TERSEMBUNYI

 

PULANGLAH KEPADA TUHAN

CAHAYA KEHIDUPAN

KEIMANAN KETAQWAAN KEPADANYA

SENJATA UTAMA

 

SABAR MENEMPUH JALAN TETAPKAN IMAN DI HATI

YAKINKAN JANJI TUHAN SYURGA YANG SEDIA MENANTI

IMANLAH PENYELAMAT DUNIA PENUH PANCAROBA

HIDUP AKHIRAT KITA KEKAL SELAMANYA

LAGU & LIRIK : KAMAL HALIM

SELAMAT PENGANTIN BARUformat mp3

BILA DUA HATI DAH TERJALIN

SELAMATLAH PENGANTIN KAMI DOAKAN

MOGA REDHA ALLAH BERSINAR SELALU

TANDA BERMULA BAHTERA HIDUP

 

DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA

ADA MASA TENANG DAN MASA GELISAH

JANGAN NAFSU DIIKUT MELULU

SABAR DAN KEMAAFAN ITU PERLU

 

BEGINILAH RESAM MANUSIA

TAK LARI DARI KETENTUAN ILAHI

SUAMI KETUA ISTERI PEMBANTU

MENONGKAH HIDUP SALING BERPADU

SUSAH DAN SENANG HADAPI BERSAMA

MOGA KEKAL KEANAK CUCU

MOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA

LAGU : ASRI IBRAHIM ~ LIRIK : YUSUF AHMAD SABRI & AZAHARI AHMAD

 

RUMAHKU SYURGAKUformat mp3

SUAMI PERLUKAN BELAIAN DARI ISTERI YANG PENYAYANG

YANG DAPAT MELAYANI DAN MENGHIBURKANNYA

SERTA PANDAI MENGURUS RUMAH TANGGA

ITULAH HARAPAN SUAMI

 

ISTERI JUGA SANGAT MENGHARAPKAN SUAMI YANG PENYAYANG

BERTANGGUNGJAWAB DAN BERHIKMAH DALAM MENDIDIK

ANAK-ANAK AKAN BAHAGIA DAN TENANG

APABILA IBUNYA BERKASIH SAYANG

BERTANGGUNGJAWAB MENGASUH DAN MENDIDIK

 

IBU BAPA BAHAGIA KALAU ANAK-ANAKNYA

MENYAYANGI MENTAATI DAN MEMULIAKAN MEREKA

RASA KASIH MURNI ANTARA SUAMI ISTERI BOLEH ROSAK

JIKA MASING-MASING TIDAK BERAKHLAK

 

CINTA MURNI ANTARA ANAK-ANAK DENGAN IBUBAPANYA

DIIKAT KUAT OLEH CINTA TABI’I

YANG SEMULAJADI AKAN PUNAH

JIKA TIDAK DISUBURKAN

 

CINTA SUCI AKAN SUBUR

APABILA ADA IMAN AKHLAK YANG MULIA

IMAN DAN AKHLAK MULIALAH

YANG MENJADI PENYEBAB

MEMBENTUK KELUARGA YANG BAHGIA

DAN BERKASIH SAYANG….

 

SEHINGGA LAHIRLAH MASYARAKAT

PENYAYANG DAN NEGARA MAKMUR

HASIL DARIPADA KEISTIMEWAAN

KASIH SAYANG DALAM RUMAHTANGGA

LAGU & LIRIK : ISMAN NADIM

TANPA AGAMAformat mp3

TANPA AGAMA MANUSIA BINASA

TANPA ILMU MANUSIA BUTA

TANPA IMAN MANUSIA SENGSARA

TANPA UKHUWAH MANUSIA TERSEKSA

 

ADA AGAMA DATANGNYA PELITA

ADA ILMU DATANGNYA HARTA

ADA HARTA DATANGNYA DERMA

ADA UKHUWAH DATANGNYA SAUDARA

 

AGAMA TUHAN DAPAT MEMBINA

PEKERTI TINGGI BUDI MULIA

SELURUH DUNIA NEGARA DAN BANGSA

AMAN SENTOSA DAMAI BAHGIA

 

AGAMA ISLAM AGAMA YANG SUCI

MARI BERSAMA KITA HAYATI

UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI

MUDAH-MUDAHAN KITA DIBERKATI

 

TIADA TUHAN KECUALI ALLAH

TUHAN YANG ESA LAGI PEMURAH

NABI MUHAMMAD UTUSAN ALLAH

HINDARKAN DARI JALAN YANG SALAH

LAGU & LIRIK : COPYRIGHT ~ GUBAHAN SEMULA : MUNIF AHMAD

 

UNTUK TUHANformat mp3

KERAKUSAN PADA DUNIAWI

TERBUANG SUCI BUDI

KEEGOAN MELAMPAU BATASAN

HILANG KEMANUSIAAN

LUKA PARAH ISI DUNIA

TANGAN-TANGAN PENUH DOSA

HUKUM TUHAN!…….

SEDAR SEGERA

 

OBOR ISLAM YANG YANG MARAK MEMBARA

SERATA RUANG DUNIA

SUNNAH NABI KIAN DITURUTI

DIHIDUPKAN KEMBALI

JANJI TUHAN PASTI BERLAKU

KEBATILAN BERLALU

INDAH ISLAM KAN JADI NYATA

 

MARILAH KITA BERGANDING TANGAN

BERSATU TENAGA TEGAKKAN SYIAR ISLAM

HIDUP BAHAGIA DIREDHAI TUHAN

AKHIRAT KAN KEKAL DI SYURGA

TEGUHKAN IMAN DI DALAM DIRI

TETAPKAN AMALAN PADA ILAHI

SEGALA CABARAN TABAHKAN HATI

JANJI TUHAN! IMAN TAQWA

KITA DIBELA………

C/o

TIAP SAAT MASA YANG BERLALU

BERTAMBAH USIAMU

TETAP PERGI TAK KEMBALI LAGI

REBUTLAH SAAT INI

DI DUNIA YANG SEMENTARA

PERGUNAKAN SEBAIKNYA

UNTUK TUHAN……….

PENCIPTA KITA…..

LAGU & LIRIK : KAMAL HALIM

RINTIHANformat mp3

 BIAR BERLINANGAN AIRMATA

KU TAKKAN HENTIKANNYA

BIARKAN IA MENYEMBUH LUKA

HILANGLAH RASA DUKA

 

TIDAK KU TERMAMPU MERENTASI LIKU-LIKU

OH TIDAK KU MAMPU MENGHADAPI SEMUA ITU

OH SUNGGUH KU TAK UPAYA

JANGAN DIBIARKAN JERIH PERIH KEHIDUPAN

BISA MELERAIKAN IMAN

KAN HANCUR SEMUANYA

WALAU MENITIS AIRMATA DARAH

TAK BISA MERUBAH SEGALANYA

MELAINKAN TAUBAT NASUHA

MOGA KAN DITERIMA

NAMUN KU PERCAYA

MASIH ADA KESUDAHANNYA

KERANA ALLAH ITU

MAHA KAYA MAHA MENDENGAR

RINTIHAN HAMBA-HAMBANYA

KERANA SESIAPA BERTAQWA KEPADANYA

PASTI AKAN ADA

JALAN KELUARNYA

REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

CUKUP ALLAH BAGINYA

BERKUASA SEGALA-GALANYA

TERIMA SEADANYA

LAGU : MUJAHID ABD WAHAB ~ LIRIK : JEF HAZIMIN & MUNIF AHMAD