Make your own free website on Tripod.com

 

 

KEIZINANMU

 

PENERBIT EKSEKUTIF

: WAHARP YUFOFF

PENERBIT

:
SYED HARON AHMAD

PENYELARAS PENERBITAN

;
HAIRUL ANWAR HJ ALI

SUSUNAN MUZIK

:
SYED HARON AHMAD

VOKAL UTAMA

:
MUNIF AHMAD

SUSUNAN VOKAL

:
SYED HARON & HIJJAZ

PROGRAMMING

:
SYED HARON

GENDANG MELAYU

:
ROSNAN

ALAT PERKUSI

:
MOHD YURI & HIJJAZ

TERBITAN

:
TELAGA BIRU SDN. BHD.

 

ZAPIN KESYUKURAN

SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH (2X)

SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH

ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH

ALLAHU AKBAR ALLAH YANG MAHA BESAR

SEGALA PUJIAN HANYA UNTUKMU

 

TUHANKU YANG MAHA ESA

HAMBAMU INI SELALU MELUPAI MU

KU HARAPKAN KEREDHAAN MU

AGAR MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR

 

SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH (2X)

DICIPTAKAN MANUSIA SEBAIK-BAIKNYA

SUPAYA MENJADI INSAN BERGUNA

AGAR BERIMAN DAN BERTAQWA

BEKALAN UNTUK BERTEMU MU YA ALLAH

 

ALLAHU ALLAH

 

KEPADA MU KAMI MEMOHON

AMPUNAN MU KU HARAPKAN

 

PADA MU KAMI BERSERAH

MOHON RESTU DAN JUGA KEAMPUNAN

MOGA BAHAGIA HIDUP KAMI

DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG MU

 

ALLAHU ALLAH

 

SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH

 

LAGU & LIRIK : HAIRUL ANWAR HJ. ALI (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)


PUTERI KU SAYANG

LEMBUT MU TAK BERERTI KAU MUDAH DIJUAL BELI

KAU MAMPU MENYAINGI LELAKI DALAM BERBAKTI

LEMBUT BUKAN HIASAN BUKAN JUA KEBANGGAAN

TAPI KAU SAYAP KIRI PADA SUAMI YANG SEJATI

 

DISEBALIK BERSIH WAJAH MU DISEBALIK TABIR DIRI MU

ADA RAHSIA AGUNG TERSEMBUNYI DALAM DIRI

ITULAH SEKEPING HATI YANG TAKUT PADA ILAHI

BERPEGANG PADA JANJI MENGABDIKAN DIRI

 

MALU MU MAHKOTA YANG TIDAK PERLUKAN SINGGAHSANA

TAPI IA BERKUASA MENJAGA DIRI DAN NAMA

TIADA SIAPA YANG AKAN BOLEH MERAMPASNYA

MELAINKAN KAU SENDIRI YANG PERGI MENYERAH DIRI

 

KETEGASAN MU UMPAMA BENTENG NEGARA DAN AGAMA

DARI DIROBOHKAN DAN JUA DARI DIBINASAKANNYA

WAHAI PUTERIKU SAYANG KAU BUNGA TERPELIHARA

MAHLIGAI SYURGA ITULAH TEMPATNYA

 

LAGU: MUNIF AHMAD (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)

LIRIK: MOHD NASIB (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)


10 MALAIKAT

SEPULUH MALAIKAT YANG WAJIB KITA PERCAYAI

YANG TERCATIT DI DALAM RUKUN IMAN

MEREKA TAAT KEPADA TUHAN

WAJIBLAH KITA MENGETAHUINYA

 

PERCAYA MALAIKAT RUKUN IMAN YANG KEDUA

MALAIKAT JIBRIL MEMBAWA WAHYU

MIKA'IL MEMBAWA REZEKI

IZRA'IL MENCABUT NYAWA

 

RAKIB ATID MALAIKAT KANAN DAN KIRI

KERJA CATIT SEGALA AMALAN

RAKIB MENCATIT KEBAIKAN

ATID PULA MENCATIT KEJAHATAN

 

MALAIKAT ISRAFIL KERJA TIUP SANGKAKALA

MUNGKAR NANKIR SOAL DALAM KUBUR

MALIK MENJAGA NERAKA

RIDHUAN PULA MENJAGA SYURGA

 

LAGU & LIRIK DISUSUN OLEH: MUNIF AHMAD

(TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)

 
DENGAN KEIZINANMU

ALLAH ALLAHU AKBAR

ALLAH ALLAH YANG MAHA BESAR (4X)

ALLAH RABBUL ALAMIN

YA RABBI

 

INSYALLAH DENGAN KEIZINANMU TUHAN

AKU AKAN JEJAKI JALAN YANG KAU REDHAI

SUKA DAN DUKA KU TERIMA DENGAN PENUH TAQWA

AKU BERSYUKUR MENERIMA RAHMATNYA

 

INSYAALAH DENGAN KEIZINANMU TUHAN

AKU AKAN MENCAPAI CITA-CITA YANG MURNI

AKU ABDIKAN HIDUPKU DAN NANTINYA MATIKU

UNTUK MU TUHAN, KERANA MU TUHAN

ALLAH ALLAHU AKBAR

ALLAH YANG MAHA BESAR (4X)

ALLAH RABBUL ALAMIN

YA RABBI

 

TUHAN KU PASRAH PADA MU TUHAN

KU POHON HIDAYAH MU

YA ALLAH TUHAN ENGKAU YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG

MOGA DOSA-DOSAKU AKAN TERAMPUN

  YA ALLAH TUHAN ENGKAU YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG

MOGA KU SEJAHTERA DI DUNIA DAN SESUDAHNYA

 

INSYAALLAH DENGAN KEIZINANMU TUHAN

AKU AKAN BERSEDIA BILA WAKTUNYA TIBA

AKU SENTIASA MEMATUHI RUKUN DAN PERINTAHMU

INI JANJIKU PADA MU TUHAN

 

LAGU & LIRIK: SYED HARON AHMAD

 (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)


SALLIM WA SALLIM

LAGU: HAIRUL ANWAR HJ. ALI (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)

LIRIK DISUSUN OLEH: HAIRUL ANWAR HJ. ALI (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)


ANTARA MATA DAN HATI

BILA MELIHAT ALAM YANG INDAH INI

TIDAK TERASA KEBESARAN ALLAH

BILA MENDAPAT MUSIBAH LUPA DIRINYA HAMBA

NIKMAT YANG DATANG TIADA RASA DARINYA

 

SEPATUTNYA RASA MALU KEPADANYA

KERANA ANUGERAHNYA KEPADA KITA

MEMBUAT DOSA RASA KEKESALANNYA

 

BUTA HATI LEBIH MERBAHAYA

BUTA MATA TIDAK NAMPAK DUNIA

BUTA HATI TIDAK NAMPAK KEBENARAN

BUTA HATI DITIPU NAFSU DAN SYAITAN

 

BAHKAN DILUPAKAN SAJA

SEMUA ORANG RASA BANGGA DENGAN DOSA

BILA MENYEBUT NERAKA

TIDAK TERASA AKAN GERUNNYA

 

BILA MENYEBUT SYURGA

TIDAK TERASA AKAN NIKMATNYA

ITU MENUNJUKKAN

JIWA KITA MATI ATAU BUTA

 

LAGU & LIRIK :  FAIZAL OSMAN

(TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)


UNTUKMU RASULULLAH

YA RASULULLAH

SALAM BUAT MU DUHAI KEKASIH ALLAH

KAMI SENTIASA MENGINGATIMU

 WAHAI PENGHULU ANBIA’

 YA RASULULLAH

KINI TIBA DETIK YANG BERSEJARAH

HARI KELAHIRANMU YANG DITUNGGU

DETIK GEMILANG

 

SELURUH ALAM BERGEMBIRA

DENGAN KEDATANGAN DIRIMU

BAGAIKAN REMBULAN MENGAMBANG

MEMBAWA CAHAYA YANG TERANG

HAPUSLAH SEGALA KEJAHILAN

MUSNAHLAH SEGALA KEZALIMAN

 

YA RASULULLAH YA HABIBALLAH (2X)

 

SEJARAH PERJUANGAN MU

DIINGAT DIKENANG KEMBALI

DIJADIKAN CONTOH TAULADAN

DI DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN

 

TABAHNYA DIRIMU YA RASUL

MENEMPUHI DUGAAN TUHAN

BIAR PUN DICACI DIFITNAH

SEMANGATMU TERUS MENYALA

AKHIRNYA MEMBAWA KECEMERLANGAN

AKHIRNYA MEMBAWA KEMENANGAN

 

YA RASULULLAH YA HABIBALLAH (2X)

 

LAGU: ISMAN NADIM (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)

LIRIK: ITO LARA (GURINDAM PUBLISHING)


 SEBELUM TERLENA

SEBELUM MATA TERLENA

DI BUAIAN MALAM GELITA

TAFAKURKU DI PEMBARINGAN

MENGENANGKAN NASIB DIRI

 

YANG KERDIL LEMAH YANG BERSALUT DOSA

MAMPUKAH KU MENGHARUNGI TITIAN SIRAT NANTI

MEMBAWA DOSA YANG MENGGUNUNG TINGGI

TERKAPAI KU MENCARI LIMPAHAN HIDAYAH MU

 

AGAR TERLERAI KESANGSIAN HATI INI

SEKADAR AIR MATA TAK MAMPU MEMBASUHI DOSA INI

 

SEBELUM MATA TERLENA

DENGARLAH RINTIHAN HATI INI

TUHAN BERATNYA DOSA KU

TAK DAYA KU PIKUL SENDIRI

 

HANYALAH RAHMAT DAN KASIH SAYANG MU

YANG DAPAT MERINGANKAN HULURKAN MAGHFIRAH MU

ANDAINYA ESOK BUKAN MILIK KU LAGI

DAN MATA PUN KU TAK PASTI AKAN TERBUKA LAGI

 

SEBNELUM BERANGKAT KE DAERAH SANA

LEPASKAN BEBAN INI

YANG MENCENGKAM JIWA DAN RAGA KU

 

SELIMUT DIRI KU

DENGAN SUTRA KASIH SAYANG MU

AGAR LENA NANTI KU MIMPIKAN

SYURGA YANG INDAH ABADI

 

PABILA KU TERJAGA

DAPAT LAGI KU RASAI

BETAPA HARUMNYA

WANGIAN SYURGA FIRDAUSI OH ILAHI

 

DISEPERTIGA MALAM

SUJUD KU MENGHAMBAKAN DIRI

AKAN KU TERUSKAN PENGABDIAN KU PADA MU

 

 LAGU: ISMAN NADIM (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)

LIRIK: ITO LARA (GURINDAM PUBLISHING)


NAHNU BINA'

 

SUSUNAN SEMULA OLEH : MUNIF AHMAD (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)


MALAM

HENINGNYA SUASANA MAYA

KETENANGAN MALAM MENDAMAIKAN JIWA

BUKTI KEBESARAN NYA YANG ESA

YANG MAHA KUASA

 

MALAM YANG MENGGANTIKAN SIANG

MENEPATI WAKTUNYA

MALAM MEMBAWA KEGELAPAN

SELIMUTI ALAM SEMESTA

 

BERSYUKUR ATAS RAHMAT NYA

PENCIPTA SEGALA, YA ALLAH

PENENTU SEGALA

 

MALAM BAGAIKAN ADA TERSIMPAN

SEJUTA RAHSIA

MALAM DIHIASI BINTANG-BINTANG

KEINDAHAN TIADA TARANYA

 

DIA SATU-SATUNYA

PENGGERAK SEGALA

PENTADBIR ALAM SEMESTA

SEGALA YANG ADA ADALAH MILIK NYA

TUHAN YANG MAHA ESA

 

DI MALAM YANG SEPI

DISAAT YANG MURNI

KU PANJATKAN DOA KEPADA ILAHI

DI MALAM YANG SEPI

DI SAAT YANG MURNI

KU LAFAZKAN SYUKUR KEPADA ILAHI

DI MALAM YANG SEPI KUPASRAH KEPADA ILAHI

 

LAGU & LIRIK : SYED HARON AHMAD (TELAGA BIRU PUBLISHING SDN. BHD.)