Sebalik tabir Alif Ba Ta

Penerbit eksekutif : Mohd. Hashim Ngadiman
Penerbit album : Isman Isam (Hijjaz)
Penyelaras Terbitan : Mohd Faizal Osman
Penasihat album : Hijjaz
Penasihat muzik : Ali Yassin
Susunan muzik : Ali Yassin & Isman (Hijjaz)
Percussions : Hamzah, Afenddi & Dzulkefli (Rabbani)
Muzik programming : Ali Yassin
Susunan vokal : Munif & Hijjaz
Vokal utama : Ihsan, Afdaluddin & Naza
Suara latar & harmoni : Soleh, Faizal & Isman (Hijjaz)
Studio rakaman : Magic Eyes Studio
Mixing : Ali Yassin & Hijjaz
Mastering : Amir NAR Studio
Fotografi : Foto Wira
Pakaian : Zul KBM Collections
Konsep kulit album : Soleh Ramli (Hijjaz Music Entertainment)
Promosi : Asri & Amelia (Amy)
Pengurus Artis : Nik Shakirah Nik Yusoff
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Lot 2996-F, Sg. Penchala,
Jln. Damansara 60000,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-7199179, 03-7158284
Fax: 03-7158285
e-mail: hijjaz98@hotmail.com
http://welcome.to/hijjaz
Diterbitkan Oleh : Hijjaz Music entertainment (M) Sdn. Bhd.

 

1. Anak derhaka 4.15

Sallatullahi Sallamullah
Ala Taha Rasulillah
Sallatullahi Sallamullah
Ala Yassin Habibillah

Cukup azabnya ibu mengandung
Bulan berjalan hari dihitung
Ibu berserah rugi dan untung
Kepada Allah meminta tolong

Cukuplah bulan dengan harinya
Seorang putra dilahirnya
Bidan menyambut dengan lembutnya
Hampir si ibu hilang nyawanya

Setelah anak kian dewasa
Dididik dengan kasih sayangnya
Diberi ilmu secukupnya
Hingga si anak kepuncak jaya

Bila si anak sudah beristeri
Ibu dibuat sebagai abdi
Kain dan baju disuruh cuci
Makan dan minum disuruh saji

Ibu yang malang berduka cita
Duduk berendam si air mata
Akhirnya ibu menutup mata
Atas perbuatan anak durhaka

Lagu & Lirik : Susunan semula oleh Hashim
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)

 

 

2. Rasulullah Al-Amin 4.27

Al Amin gelarannya
Anak Abdullah insan yang bertaqwa
Ibunya Aminah ibunya solehah
Diutuskan Allah untuk dijadikan
Membawa rahmat untuk sekian alam

Selawat dan salam
Buat nabi junjungan
Nabi yang teragung Rasul yang disanjung
Marilah bersama kita mengingati
Marilah semua berselawat keatas Nabi

Salallahu ala Muhammad
Salallahu alaihi wassalam

Selawat ke atas-Mu Nabi
Sejahtera ke atas-Mu Rasul

Akhlak yang terpuji
Kau contoh yang tertinggi
al Quran dan Hadith
Itu peninggalan mu
Rasulullah……………..
Kami menyintai mu

Lirik & Lagu : Isman Nadim Isam
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)

 

3. Bersyukur 4.16

Mengucapkan rasa bersyukur
Buktikanlah dengan amal bakti mu
Allah akan memberkati hidup kita
Itu tanda mendapat keredhaan

Hari ini kita bersyukur
Hari esok tambahkan kesyukuran
Dengan nikmat pemberian Allah
Itu sifat seorang hamba

Tanda syukur
Diatas nikmat Allah
Kita mesti tunaikan perintahNya
Menjauhi segala laranganNya
Mengabdikan segala yang ada

Jika kita kufur dengan nikmatNya
Dianggap tiada mengenang jasa
Menderhakai budi yang Allah beri
Azab Allah yang layak baginya

Lirik & Lagu : Isman Nadim Isam
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)

 

4. Jasa Guru 3.57

Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila

Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana

Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan

Lagu : Isman Nadim Isam
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)
Lirik : Isman & Yusuf Sabri
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)

 

5. Alif Ba Ta

Alif diatas A.
Alif dibawah E.
Alif didepan U…. A.E.U.

Ingat pesan ayah ibu
Moga diri kita maju

Alif diatas A.
Ba di atas Ba.
Ta diatas Ta…. A.Ba.Ta.

Rajinlah belajar
Tangga kejayaan dengan usaha

Ilmu itu cahaya
Jahil itu merbahaya
Ingatlah ingat semua
Jadilah insan berguna

Ibu dan ayah di taati
Semua guru dihormati
Sesama kawan berbudi
Moga hidup disenangi

Rasulullah berkata
Dengan sabda banginda
Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina

Lirik & Lagu : Isman Isam
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)

 

6. Nikmat Allah

Allah….Allah…..Lailahailallah
Allah….Allah…..Muhammad Rasulullah

 

Burung-burung di awan puji Allah
Bunga-bunga di taman puji Allah
Ikan-ikan di sungai puji Allah
Patut saya kamu semua puji Allah

 

Allah….Allah…Lailahailallah
Allah….Allah…Muhammad Rasulullah

 

Allah menjadikan alam semesta untuk hambaNya
Kita sebagai hamba
Patut bersyukur pemberianNya

 

Nikmat Allah tiada taranya
Tanah, air, api, dan udara
Menjadi keperluan insan didunia
Bersamalah kita peliharanya

 

Lirik & Lagu : Isman Isam
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)

 

7. Mari Sembahyang

Wahai kawan-kawan
Mari sembah allah
Wahai kawan-kawan
Mari ikut perintah Allah

 

Wahai kawan-kawan
Marilah sembahyang
Wahai kawan-kawan
Itu pesan Rasulullah

 

Dengan bersembahyang
Hati jadi tenang
Jiwa jadi lapang
Dosa hilang Allah sayang

 

Selepas bersembahyang
Mari baca doa
Kita tadah tangan
Moga Allah ampun dosa

Marilah beramal tika usia muda
Kalau dah tua kan susah jadinya

Lagu : Isman & Soleh (gubah semula)
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)
Lirik : Ito Lara
(Gurindam Entertainment )

 

8. Terima Kasih Ibu Ayah

Terima kasih ibu
Terima kasih duhai ayah

Lahirku kedunia
Ku disambut penuh syukur
Bisikkan azan ke telinga
Iqamah kalimah nan luhur

Lahir ku ke dunia
Ku di asuh mengenal Allah
Ku di ajar sebut namanya
Juga nabi Rasul mulia

Salam sayang ayah dan ibu
Mendidik ku tak pernah jemu
Halalkanlah makan minum ku
Maafkanlah salah silap ku
Tampa maaf dan juga restu
Hidup ku jadi tak mementu

Tiada yang lebih bernilai
Dari pengorbanan yang suci itu
Tak berdaya aku membalasnya
Moga ku jadi anak yang bertaqwa

Jasa-Mu oh ayah dan ibu
Akan ku kenang selamanya
Hidup saling berkasih sayang
Membina keluarga bahgia

Pada-mu Allah aku berdoa
Pada-Mu jua aku meminta
Rahmati ibu ayah tercinta
Ampunilah dosa-dosa mereka
Panjang umur murahkan rezeki
Sejahtera dalam ketaatan
Moga berbahgia di dunia
Di akhirat beroleh syurga

Daku mengharap redha ibu
Juga reda dari-mu ayah
Hanya itulah yang ku pinta
Agar hidupku lebih bermakna

Lirik :Amaluddin & Zakaria Sungip
(Amal Insyad Production)
Lagu : Amaluddin (Amal Insyad Production)

 

9. Sekolah

Sekolah
Disana bermulanya
Detik kehidupan dan keazamanku
Disanalah tempatku dilatih
Dan juga tempat aku dididik
Mematangkan diri sendiri
Dan juga memperbaiki diri

Sekolah
Tempat mencari ilmu
Mengenal yang baik
Dan mengenal yang buruk
Menghormati guru-guru
Berkasih sayang sesama kawan
Masa terluang tak disiakan
Dan belajar menepati masa

Sekolah tempat aku dilatih
Menjadi insan berguna
Akal dibesarkan dengan ilmu
Hati disuburkan dengan iman
Fizikal di latih mengawal diri
Keberkatan mesti di cari

Kawanku
Sematkan di dadamu
Untuk mencapai matlamat hidupmu
Tingkatkan usha untuk berjaya
Demi agama bangsa dan negara
Biar susah di usia muda
Moga senang dihari tua


Lagu & lirik : Isman Isam
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)

 

 


PENGHARGAAN

 

(TAMLIKHA BIN ABU BAKAR)

Syukur Alhamdulilah atas rahmat dan kasih sayangNya. Terima kasih Yang tidak terhingga buat ummi dan abah yang tersayang di atas sokongan padu yang diberikan. Tidak lupa juga kepada kakak-kakak, abang-abang dan keluarga yang banyak memberi semangat. Buat guru-guru dan kawan-kawan terima kasih atas doa kalian. Akhir sekali buat abang-abang Hijjaz yang terlarlalu banyak memberi tunjuk ajar dan membantu kami dalam menjayakan album sulong ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian.

 

(MOHD IHSAN EZMIR BIN SHAMSUDDIN)

Saya Ihsan dari kumpulan ae.man ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang banyak berjasa dan mendidik saya supaya menjadi insan yang berguna. Berbanyak terima kasih kepada abang-abang Hijjaz, guru-guru kami terutama ustazah Nik Syakirah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Saya sangat bersyukur kapada Allah kerana telah diberi peluang untuk melahirkan album sulong kami iaitu Alif Ba Ta.Jug atak lupa terima kasih diucapakan kepada DJ-DJ radio, stesyen TV, wartawan, penerbit dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan album kami ini. Jasa kalian tak akan kami lupakan. Kepada peminat teruslah memberi sokongan pada ae.man. Akhir sekali pesanan kepada kawan-kawan hormatilah ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua supaya kita berjaya di dalam semua perkara terutama di dalam pelajaran. Sekian terima kasih.

 

(MOHD NAZARUDDIN BIN AZMAN)

Assalamualaikum semua….ribuan terima kasih diucapkan kerana telah memiliki album sulong kami. Pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu dan ayah saya kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan album ini.Terima kasih kepada kaum keluarga, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak guru-guru dan kawan-kawan. Terima kasih juga kepada abang-abang Hijjaz yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menerbitkan album sulong kami. Dan kami mengucapkan terima kasih kepada DJ-DJ radio, RTM, TV3, Metro Vision, NTV 7 dan lain-lain.

 

(AFDHALUDDIN)

Assalamualaikum semua!. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ibu bapa saya, juga kepada ustazah Nik Syakirah yang banyak bersabar dengan karenah kami semua. Dan tak lupa juaga kepada yang banyak berjasa kepada kami abang-abang Hijjaz yang memberi galakan dan tunjuk ajar dalam melahirkan album sulong kami. Kepada semua peminat, kami berharap semoga lagu-lagu dari albumkami dapat memberi manfaat kita semua. Wassalam.

 

 

(DAUD)

Assalamualaikum semua, saya ingin mengucapkan terima kasih terutama kepada emak dan ayah di atas segala pengorbanan dan dorongan yang telah diberikan. Juga kepada guru-guru kami serta kawan-kawan yang banyak memberi galakkan.dan yang teristimewa buat ustazah Nik Syakirah yang sabar dengan karenah kami. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapakan terima kasih yang tak terhingga kepada abang-abang Hijjaz yang banyak memberi galakkan dan dorongan kepada kami. Dan tak lipa juga kepada mereka yang bertungkus-lumus dalam menghasilkan album sulong aeman ini. Kepada peminat-peminat teruskanlah memberi sokongan kepada aeman. Wassalam.

 

 

 

SEKALUNG BUDI

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan izinnya kami dari warga Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd. Telah dapat menerbitkan sebuah album versi kanak kanak, semoga dengan terbitnya album ini banyak orang yang memperolehi manfaat daripadanya. Jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa, isteri-isteri, anak-anak, yang sentiasa mendoakan kejayaan kami. Kepada seluruh keluarga NAR Record terutamanya kepada puan Fatimah, abang Mokhtaza, Asri seterusnya kepada abang Ali Yassin empunya Magic Eyes Studio yang sabar dengan kerenah budak-budak ae.man (alah budak-budak). Khas kepada Isman Isam sebagai penerbit, Munif, Faizal dan Soleh (Hijjaz) sebagai backing vokal & suara harmoni. Penyumbang lagu Isman, Ust. Amal, Ito Lara, Hashim, Soleh dan Zakaria Sungip. Kepada Hamzah, Afendi dan Dzul (Rabbani) sebagai pemuzik undangan. Tak lupa kepada Encik Waharb Yusoff dari Telaga Biru Sdn. Bhd. Di atas ehsan beliau memberi izin untuk Hijjaz menyanyikan 2 buah lagu di dalam album ini. Seterusnya kepada pengedar-pengedar kaset original seluruh Malaysia. Pihak media masa media eletronik, promoters, DJ Radio RTM, RFM, THR, Radio Era, Best 104., Cats Radio, TCS, dan RTB. Stesen TV RTM, TV3, NTV 7, Metro Vision, Mega TV dan Astro. Para wartawan, Juru Gambar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam menjayakan penerbitan album ini. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian, jasamu tetap dikenang…

 

ae.man salam perkenalan

????